Panduan pembelian lagu dari AudioJungle

Salam. Antara projek terbaru aku kali ini ialah projek multimedia presentation untuk perasmian sebuah persidangan yang diadakan di Kuala Lumpur. Mulanya aku cuma menggunakan lagu OST dari sebuah filem tapi disebabkan klien nak lagu yang bertenaga, terpaksalah aku mencari lagu yang sesuai.

Disebabkan kesuntukan masa, aku pun cuba lagu dari AudioJungle.net.Banyak juga lagu yang khas untuk multimedia presentation, montaj dan iklan yang boleh dibeli di sini. Tapi kena bayar la. Tapi untuk tujuan preview, sebelum klien aku bersetuju dengan lagu tu, aku boleh download lagu preview dulu.

Tapi lagu preview ni ada watermark dimana dia akan sebut ‘AudioJungle’ sewaktu lagu itu dimainkan. Maka lepas klien bersetuju dengan lagu tu, bermulalah peringkat pembelian lagu secara sah menggunakan Paypal.

Aku menggunakan kad debit Public Bank yang telah disahkan oleh Paypal. Tapi berlaku macam-macam masalah pula sewaktu proses ni. Antara kronologi dan kesimpulan yang aku boleh buat:

  1. Duit dalam kad debit aku tak cukup.
  2. Kena depositkan wang ke dalam akaun AudioJungle minima $20.
  3. Kalau funds transfer dari Maybank2u ke Public Bank, ia akan memakan masa satu hingga dua hari.
  4. Mesin Cash Deposit Public Bank tak berfungsi selepas 11 malam.
  5. Kena ada akaun saving kalau nak gunakan perbankan internet Public Bank. Ada kad debit je tak cukup.

Itulah antara pengajaran yang aku boleh ambil daripada insiden kali ini. Bayangkan video dah siap tapi lagu tak beli-beli lagi. Tapi klien aku memang puas hati kali la dengan hasil kerja aku kali ini. Nanti aku akan kongsikan video tersebut di blog rasmi aku. Wassalam.

blog comments powered by Disqus

Accent theme by Handsome Code

Koleksi gambar & video yang kreatif dari seluruh dunia serta catatan projek freelance yang aku terlibat.

twitter.com/myadlan

view archive



Ask me anything