Kecurian di masjid
Salam. Semalam merupakan hari yang panjang untuk tahun ini. Dari mula masuk pejabat, aku dan rakanku perlu keluar dan pusing satu KL untuk tugasan rasmi. Memang letih dan aku balik rumah pun lambat sebab Komuter pun lambat.
Sampai di Setiawangsa, aku terus ke masjid Setiawangsa untuk solat Isya. Tanpa berfikir panjang, aku pun simpan beg sandang dibawah kerusi kereta Kancil dan pergi ke masjid.
Selepas selesai solat Isya’, aku dan ayahku ingin pulang ke rumah. Tanpa diduga, beg aku sudah tiada! Sedih sekali. GPS Garmin aku beli sejak Oktober cuma mampu bertahan sehingga 4 bulan saja. Tapi bukan itu saja, banyak sekali barang-barang yang bagiku ada nilai sentimental, lesap begitu saja.
Aku pasrah, aku redha, dan aku berserah kepadaNya. Semoga ada pengajaran yang aku peroleh dari kejadian ini.